Thursday 10 November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011M



SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment