Tuesday 26 February 2013

KEM BESTARI SOLAT KALI 1/2013

Murid-murid sedang melakukan amali solat dengan pemantauan guru.
SKTM Isnin 25.02.2013.

Kem Bestari Solat Kali Ke-1 bagi sesi 2013 berlangsung mulai jam 1.00 petang. Kem solat kali ini melibatkan murid-murid tahun 2 yang menekankan pemantapan solat mulai daripada kemahiran bersuci, wuduk, bacaan dalam solat dan perkara-perkara yang membatalkan solat. Kem dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.

Murid-murid telah didedahkan dengan perlakuan amali di dalam solat. Penerangan mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat telah disampaikan oleh Ustaz Yazid Muhammad Rumbali. Bengkel untuk pengukuhan juga telah dilaksanakan dengan dikendalikan oleh 8 orang guru Pendidikan Islam. 

Seramai 61 orangn murid telah menyertai kem ini. Setiap peserta telah dibekalkan dengan fail dan bahan maklumat bercetak mengenai solat.
KBS 1/2013 Tahun 2 turut melibatkan murid-murid perempuan.

Tuesday 28 February 2012

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-2 / 2012


SKTM Selasa 21.02.2012.
Kem Bestari Solat Kali Ke-2 bagi sesi 2012 berlangsung mulai jam 1.00 petang. Kem solat kali ini melibatkan murid-murid tahun 3 yang menekankan pemantapan solat mulai daripada kemahiran bersuci, wuduk, perbuatan dan bacaan dalam solat. Kem dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.

Thursday 10 November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011M

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011M



SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi.