Saturday 22 October 2011

Majlis Graduasi & Khatam Al-Quran Perdana SK Daerah Kerian

Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Perdana murid sekolah rendah Daerah Kerian telah diadakan pada 22 Oktober 2011 di Dewan Serbaguna Bagan Serai, Taman Serai Permai, Bagan Serai. Seramai hampir 1000 orang murid tahun 6 yang telah megkhatam Al-Quran dari sekolah-sekolah rendah seluruh Daerah Kerian telah dikumpulkan bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Dato' Hj Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Menteri Besar Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau Perak. Majlis Ini juga mendapat sumbangan seekor lembu daripada YB Dato' Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Perak bagi tujuan jamuan di Majlis ini. Majlis ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang. SK Teluk Medan telah menghantar wakil seramai 40 orang murid tahun 6.

Tuesday 11 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Derah Kerian, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Daerah Kerian di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 bertempat di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 99 orang murid dari sekolah rendah seluruh daerah Kerian terlibat dalam KLaQ pada tahun ini.

Monday 10 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Tahun 6, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) bagi tahun 6 telah dijalankan pada 11 hingga 12 Oktober 2011. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk menyertai KLaQ pada tahun ini. Di antara murid-murid ini, 5 orang akan dipilih untuk menyertai KLaQ peringkat Daerah Kerian yang akan di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Thursday 6 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam dan Bahasa Arab




Ujian Betulis : 21 Oktober 2011 (Jumaat)

Ujian Lisan Bahasa Arab Thn 4 & 5: 14 - 26 Oktober 2011

Tarikh ambil soalan : 13 Oktober 2011

SEMUA soalan disediakan oleh SPI melalui MGB Negeri.


Kutipan Data j-QAF Penggal Kedua

Daerah : 31 Okt - 3 Nov 2011

Negeri : 15 - 17 Nov 2011

Markah Jawi Tahun 6 digunakan untuk eLaporan j-QAF Penggal Kedua
Sumber: Blog jQAF Parit Haji Taib: http://jqafskpht08.blogspot.com/

Tuesday 4 October 2011

Rehat Sebentar Bersama-sama Upin & Ipin (Arabic Version)

 
 Terima Kasih kepada yang menghasilkannya...Jazakallahu Khairan Kathira..

Mohon Sumbangan Derma

Panitia Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab memohon dan mengalu-alukan sumbangan derma bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran. Sumbangan derma bolehlah disalurkan terus ke Pejabat SKTM ataupun boleh menghubungi terus Guru Besar SKTM, Ustaz Mohd Shah Bin Ramli di talian seperti dipaparkan di atas.

Klinik Solat SKTM 2011


Klinik Solat SKTM 2011 telah dijalankan pada 4 dan 5 Oktober 2011 dengan menekankan bacaan Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut. Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang masih belum menguasai dua bacaan tersebut. Gambar di atas menunjukkan murid-murid sedang meneliti video bacaan Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut melalui Laman Youtube.

Sunday 2 October 2011

Kem Aqil baligh SK Teluk Medan 2011 - Hari Ke 3


Kem Aqil Baligh SKTM 2011 bersambung pada hari ke tiga membincangkan tajuk "Cabaran Remaja Di Masa Kini" yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanif Bin Shahabudin. Seterusnya kem akan bersambung dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan tajuk "Mandi Wajib".