Thursday 10 November 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011M

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011M



SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi.

Tuesday 8 November 2011

Qurban&Aqiqah @ SKTM, Bagan Serai 2011

Qurban&Aqiqah @ SKTM, Bagan Serai 2011



SKTM Rabu 13 Zulhijjah 1432.
Majlis Korban dan Akikah 1432 yang dirancang perlaksanaannya pada lewat tengahari terpaksa diawalkan waktu penyembelihannya memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi warga pendidik dan kakitangan SKTM, Majlis Korban dan Akikah 1432 ini tidak mungkin dilupakan kerana rata-rata daripada mereka mengakui inilah pengalaman pertama mengendali proses penyembelihan korban. Sebahagian daripada daging korban dan akikah tersebut diedarkan kepada murid-murid SKTM manakala sebahagian lagi dimasak untuk jamuan murid. Majlis Korban dan Akikah 1432 dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTM yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Sementara itu, persiapan untuk Majlis Khatam Al-quran 1432 yang akan berlangsung esok terus dijalankan

Thursday 3 November 2011

e-Laporan 6 bulan ke 2, 2011



Khamis-03 November 2011 - Taklimat dan kutipan data e-Pelaporan jQAF 6 bulan ke II tahun 2011 Daerah Kerian telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai. Majlis bermula dengan sedikit ucapan dari Pegawai Khas jQAF PPD Kerian Ustaz Hasbullah bin Hj Ahmad dan diteruskan pula taklimat oleh Jurulatih Utama e-Laporan Ustaz Ahmad Supi bin Hj Isahak, SK Parit Haji Taib. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Saturday 22 October 2011

Majlis Graduasi & Khatam Al-Quran Perdana SK Daerah Kerian

Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Perdana murid sekolah rendah Daerah Kerian telah diadakan pada 22 Oktober 2011 di Dewan Serbaguna Bagan Serai, Taman Serai Permai, Bagan Serai. Seramai hampir 1000 orang murid tahun 6 yang telah megkhatam Al-Quran dari sekolah-sekolah rendah seluruh Daerah Kerian telah dikumpulkan bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Dato' Hj Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Menteri Besar Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau Perak. Majlis Ini juga mendapat sumbangan seekor lembu daripada YB Dato' Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Perak bagi tujuan jamuan di Majlis ini. Majlis ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang. SK Teluk Medan telah menghantar wakil seramai 40 orang murid tahun 6.

Tuesday 11 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Derah Kerian, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Daerah Kerian di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 bertempat di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 99 orang murid dari sekolah rendah seluruh daerah Kerian terlibat dalam KLaQ pada tahun ini.

Monday 10 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Tahun 6, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) bagi tahun 6 telah dijalankan pada 11 hingga 12 Oktober 2011. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk menyertai KLaQ pada tahun ini. Di antara murid-murid ini, 5 orang akan dipilih untuk menyertai KLaQ peringkat Daerah Kerian yang akan di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Thursday 6 October 2011

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam dan Bahasa Arab




Ujian Betulis : 21 Oktober 2011 (Jumaat)

Ujian Lisan Bahasa Arab Thn 4 & 5: 14 - 26 Oktober 2011

Tarikh ambil soalan : 13 Oktober 2011

SEMUA soalan disediakan oleh SPI melalui MGB Negeri.


Kutipan Data j-QAF Penggal Kedua

Daerah : 31 Okt - 3 Nov 2011

Negeri : 15 - 17 Nov 2011

Markah Jawi Tahun 6 digunakan untuk eLaporan j-QAF Penggal Kedua
Sumber: Blog jQAF Parit Haji Taib: http://jqafskpht08.blogspot.com/

Tuesday 4 October 2011

Rehat Sebentar Bersama-sama Upin & Ipin (Arabic Version)

 
 Terima Kasih kepada yang menghasilkannya...Jazakallahu Khairan Kathira..

Mohon Sumbangan Derma

Panitia Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab memohon dan mengalu-alukan sumbangan derma bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran. Sumbangan derma bolehlah disalurkan terus ke Pejabat SKTM ataupun boleh menghubungi terus Guru Besar SKTM, Ustaz Mohd Shah Bin Ramli di talian seperti dipaparkan di atas.

Klinik Solat SKTM 2011


Klinik Solat SKTM 2011 telah dijalankan pada 4 dan 5 Oktober 2011 dengan menekankan bacaan Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut. Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang masih belum menguasai dua bacaan tersebut. Gambar di atas menunjukkan murid-murid sedang meneliti video bacaan Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut melalui Laman Youtube.

Sunday 2 October 2011

Kem Aqil baligh SK Teluk Medan 2011 - Hari Ke 3


Kem Aqil Baligh SKTM 2011 bersambung pada hari ke tiga membincangkan tajuk "Cabaran Remaja Di Masa Kini" yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanif Bin Shahabudin. Seterusnya kem akan bersambung dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan tajuk "Mandi Wajib".

Wednesday 28 September 2011

Kem Aqil baligh SK Teluk Medan 2011




Kem Aqil Baligh SKTM Bagan Serai 2011 telah bermula pada awal pagi 29 September 2011, dengan melibatkan semua murid tahun 6. Pengisian yang telah dijalankan pada hari pertama ialah Slot ceramah yang bertajuk "persediaan Menghadapi Alam Remaja" yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof dan "Kewajipan Menutup Aurat" yang telah disampaikan oleh Ustaz Ishak. Kem seterusnya disambung dengan LDK 1 yang membincangkan tentang Kedua-dua tajuk yang telah di sampaikan. Kem Aqil Baligh akan bersambung pada hari Jumaat 30 September 2011 dan pada hari Isnin 3 Oktober 2011.

Gambar Sekitar Kem Aqil Baligh

Friday 23 September 2011

Dalam Proses Penjenamaan Semula





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Untuk pengetahuan semua, laman blog jQAF SKTM dalam proses penjenamaan semula. Buat masa ini, laman blog jQAF SKTM tergendala sementara atas sebab-sebab masalah teknikal. Laman blog jQAF SKTM akan beroperasi semula dalam masa terdekat Insya ALLAH. Sekian dimaklumkan