Tuesday, 8 November 2011

Qurban&Aqiqah @ SKTM, Bagan Serai 2011



SKTM Rabu 13 Zulhijjah 1432.
Majlis Korban dan Akikah 1432 yang dirancang perlaksanaannya pada lewat tengahari terpaksa diawalkan waktu penyembelihannya memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi warga pendidik dan kakitangan SKTM, Majlis Korban dan Akikah 1432 ini tidak mungkin dilupakan kerana rata-rata daripada mereka mengakui inilah pengalaman pertama mengendali proses penyembelihan korban. Sebahagian daripada daging korban dan akikah tersebut diedarkan kepada murid-murid SKTM manakala sebahagian lagi dimasak untuk jamuan murid. Majlis Korban dan Akikah 1432 dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTM yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Sementara itu, persiapan untuk Majlis Khatam Al-quran 1432 yang akan berlangsung esok terus dijalankan

Thursday, 3 November 2011

e-Laporan 6 bulan ke 2, 2011



Khamis-03 November 2011 - Taklimat dan kutipan data e-Pelaporan jQAF 6 bulan ke II tahun 2011 Daerah Kerian telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai. Majlis bermula dengan sedikit ucapan dari Pegawai Khas jQAF PPD Kerian Ustaz Hasbullah bin Hj Ahmad dan diteruskan pula taklimat oleh Jurulatih Utama e-Laporan Ustaz Ahmad Supi bin Hj Isahak, SK Parit Haji Taib. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Saturday, 22 October 2011

Majlis Graduasi & Khatam Al-Quran Perdana SK Daerah Kerian

Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Perdana murid sekolah rendah Daerah Kerian telah diadakan pada 22 Oktober 2011 di Dewan Serbaguna Bagan Serai, Taman Serai Permai, Bagan Serai. Seramai hampir 1000 orang murid tahun 6 yang telah megkhatam Al-Quran dari sekolah-sekolah rendah seluruh Daerah Kerian telah dikumpulkan bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Dato' Hj Mohd Najmuddin Bin Hj Elias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Menteri Besar Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau Perak. Majlis Ini juga mendapat sumbangan seekor lembu daripada YB Dato' Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Perak bagi tujuan jamuan di Majlis ini. Majlis ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat kira-kira jam 5.00 petang. SK Teluk Medan telah menghantar wakil seramai 40 orang murid tahun 6.

Tuesday, 11 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Derah Kerian, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Peringkat Daerah Kerian di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 bertempat di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 99 orang murid dari sekolah rendah seluruh daerah Kerian terlibat dalam KLaQ pada tahun ini.

Monday, 10 October 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Tahun 6, 2011


Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) bagi tahun 6 telah dijalankan pada 11 hingga 12 Oktober 2011. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk menyertai KLaQ pada tahun ini. Di antara murid-murid ini, 5 orang akan dipilih untuk menyertai KLaQ peringkat Daerah Kerian yang akan di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.