Murid-murid sedang melakukan amali solat dengan pemantauan guru. |
Kem Bestari Solat Kali Ke-1 bagi sesi
2013 berlangsung mulai jam 1.00 petang. Kem solat kali ini melibatkan
murid-murid tahun 2 yang menekankan pemantapan solat mulai daripada
kemahiran bersuci, wuduk, bacaan dalam solat dan perkara-perkara yang membatalkan solat. Kem
dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.
Murid-murid telah didedahkan dengan perlakuan amali di dalam solat. Penerangan mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat telah disampaikan oleh Ustaz Yazid Muhammad Rumbali. Bengkel untuk pengukuhan juga telah dilaksanakan dengan dikendalikan oleh 8 orang guru Pendidikan Islam.
Seramai 61 orangn murid telah menyertai kem ini. Setiap peserta telah dibekalkan dengan fail dan bahan maklumat bercetak mengenai solat.
KBS 1/2013 Tahun 2 turut melibatkan murid-murid perempuan. |